Islam memberi perhatian terhadap amalan seseorang dan cara membahagikan masa seperti yang dipesan menerusi hadis Rasulullah SAW bermaksud: “Sebaik-baik manusia diberi umur panjang dan baik pula amalannya. Dan seburuk-buruk manusia yang diberi umur panjang tetapi buruk pula amalannya.”
Dalam al-Quran, banyak ayat menceritakan mengenai waktu. Bahkan, berkali-kali Allah SWT bersumpah atas nama waktu, misalnya pada awal Surah Al-Ashr, Al-Lail dan Adh-Dhuha. Ini menunjukkan betapa penting waktu dalam kehidupan manusia.
Maka tidak hairan apabila Islam men-gingatkan umatnya mengenai waktu solat wajib lima kali sehari semalam. Ini belum lagi digalakkan supaya menghidupkan waktu sepertiga malam terakhir dan waktu dhuha.
Mengingati pentingnya waktu, kita harus bertanya sejauh mana komitmen kita terhadap waktu. Apabila kita termasuk orang yang meremehkan waktu, tidak kecewa waktu terus beredar tanpa berusaha meningkatkan kualiti diri, maka bersiap-siaplah untuk kecundang dalam kehidupan.
Harus diingat, kita terus bergerak ber-sama waktu. Setiap kali menarik nafas dan hari berganti minggu, kita akan semakin hampir dengan kematian. Alangkah ruginya jika terlalu banyak keinginan, angan-angan dan harapan tetapi tidak diimbangi peningkatan kualiti diri.
Mereka yang bersungguh-sungguh mengisi waktunya dengan kebaikan, nescaya Allah s.w.t akan memberikan yang terbaik kepadanya.
Keberkesanan penggunaan waktu dipengaruhi keterampilan kita dalam membahagikan masa. Ada hak untuk belajar, bekerja, berkeluarga, beribadat dan muhasabah diri. Semuanya harus dibahagi secara adil. Sibuk dan hebatnya belajar tanpa disertai istirahat dan ibadat misalnya, akan hanya mendatangkan masalah.
Hakikatnya, ada satu kebiasaan yang merugikan dan menghambat keberkesanan waktu yang kita miliki, iaitu suka menunda atau menangguhkan kerja. Ada yang mengatakan menunda pekerjaan itu baik, padahal tabiat menunda kerja boleh mengundang pelbagai masalah.
Dalam setiap waktu ada kewajipan yang harus kita tunaikan. Jika kita menunda waktu maka pekerjaan lain pasti akan menyusul sehingga bebanan semakin banyak. Akhirnya, banyak tenaga, waktu dan biaya terbuang dan menjadi sia-sia selain memungkinkan muncul rasa enggan mengerjakannya.
Fikiran juga menjadi tidak tenteram kerana kerja terpaksa dibuat terburu-buru hingga hasilnya tidak seperti yang diharapkan. Kuncinya, kita harus memfokuskan dulu potensi dan masalahnya, lalu bergerak dengan acuan itu. Kemudian kita disiplinkan diri menjalankannya kerana ramai yang hanya pandai merancang tetapi kurang bijak melaksanakannya.
Haji Yaakob Ha
Seri Kembangan, Selangor.
Posted in Sept 2009.
By Muslim
– September 8, 2009
Baru-baru ini, saya sekeluarga me-lancong ke Cameron Highlands. Perasaan kecewa timbul di dalam hati saya kerana suasana yang saya rasai amat berbeza jika dibandingkan suasana yang saya rasakan sepuluh tahun lalu. Jika dahulu, saya harus memakai baju panas ke mana-mana sahaja lokasi yang saya lawati, kini saya tidak selesa untuk memakainya ketika siang hari. Bukan sahaja saya, malah semua orang juga mendakwa perkara yang sama. Ini menunjukkan perubahan suhu yang amat ketara di Cameron Highlands!
Saya berpendapat, pembangunan sektor pertanian yang berkembang ibarat ‘cen-dawan tumbuh selepas hujan’ di sekitar kawasan ini menyumbang kepada peningkatan suhu dan kekerapan berlakunya kes tanah runtuh di sepanjang jalan menuju ke Cameron Highlands. Malangnya perkara ini masih tidak menghalang mereka untuk ‘memajukan’ kawasan yang terkenal dengan keindahan alam semulajadinya dan suasana yang nyaman ini.
Tidakkah kita berasa musykil negara kita yang beriklim tropika dan dianugerahkan Allah SWT dengan hujan lebih 2000mm setahun, namun masih mengalami catuan bekalan air di beberapa buah negeri! Seharusnya kita sedar bahawa fenomena ini berlaku angkara kerakusan kita mengejar pembangunan. Demi mencapai kemajuan untuk kebaikan semua pihak kononnya, banyak hutan simpan diubah fungsi guna tanahnya dengan aktiviti-aktiviti untuk ‘me-modenkan’ lagi kawasan tersebut melalui pembangunan dari sektor pertanian, perindustrian, perumahan dan sebagainya. Di-tambah lagi dengan aktiviti pembalakan haram di kawasan yang digazetkan sebagai hutan simpan kekal.
Aktiviti seperti itu diketahui mengurangkan jumlah kandungan takungan air bawah tanah untuk disalirkan ke hilir-hi-lir sungai, sekaligus menurunkan jumlah kuantiti bekalan air di empangan. Persoal-an yang sering ditanya, siapa yang harus dipersalahkan? Adakah salah ini harus dibebankan kepada pihak kerajaan semata-mata atau kita sebagai pengguna yang mengidamkan perabot mewah berunsurkan kayu jati dan membeli rumah yang mempunyai pandangan semulajadi yang indah? Seharusnya kita malu dengan ne-gara-negara yang mungkin hanya memiliki tanah gersang, namun mempunyai sistem pengurusan bekalan air yang lebih baik daripada kita.
Jika diperhalusi secara mendalam sikap dan tabii rakyat Malaysia, mereka hanya menunjukkan tahap kesedaran mereka secara bermusim. Pada hemat saya, tahap konsistasi keperihatinan mereka ini boleh-lah disama ertikan dengan peribahasa melayu ‘hangat-hangat tahi ayam’. Tiada ke-sedaran yang benar-benar utuh di dalam diri mereka untuk mengekalkan kestabilan ekosistem dan biodiversiti secara global. Jikalau ada sekalipun hanya di kalangan me-reka yang boleh digelar sebagai pejuang alam sekitar atau ahli-ahli kelab pencinta alam di kalangan pelajar sekolah. Hanya kekuatan ini sahajalah yang kita ada untuk melindungi bumi yang kita cintai ini.
Seharusnya sebagai rakyat Malaysia menjadi tanggungjawab kita bersama-sama me-mupuk di dalam diri masing-masing sifat cintakan alam sekitar. Kita boleh memulakannya dengan mengamalkan program kitar semula, dengan mengutamakan barangan yang mesra alam sewaktu berbelanja, menggunakan pengangkutan awam ke tempat kerja serta menghadkan penggunaan air.
Tuntutlah ilmu cara dan kaedah bagaimana untuk melindungi alam sekitar tidak kiralah dari mana-mana sumber, sama ada dari pembacaan buku, majalah, surat khabar, internet atau dari kempen-kempen kesedaran yang diadakan sekalipun. Bukan hanya kerajaan menggalakkan kita menjaga alam sekitar, namun Allah SWT juga menyeru kita sebagai khalifah di muka bumi untuk melindungi seluruh isinya.
Di sini kita harus bangkit dari kegagalan untuk melindungi alam sekitar. Kita harus belajar dari sejarah musibah banjir di Ke-lantan dan Johor, serangan jerebu di bandar raya serta musim kemarau berpanjangan yang pernah melanda seluruh negara suatu ketika dahulu. Tidak seharusnya kita menambahkan lagi kerosakan dan kemusnahan pada alam sekitar yang kesannya bakal kita rasai sendiri.
Mungkin ramai yang telah membangkitkan isu alam sekitar yang serupa sebelum ini tetapi malangnya tidak ramai yang benar-benar berusaha bersungguh-sungguh untuk melindunginya.
Di sini saya ingin menyeru kepada seluruh bangsa Malaysia agar bangkit bersama-sama di bawah panji satu Malaysia untuk membentuk jiwa dan minda yang lestari dalam menjaga kesinambungan alam semulajadi yang diwarisi dari nenek moyang kita. Minda lestari ini bukan hanya harus diterapkan pada minda anak-anak muda sahaja malah kepada warga tua yang menetap di kawasan luar bandar. Kita tidak boleh memandang enteng isu ini dengan sebelah mata.
Siapa yang akan memelihara dan memulihara kehijauan bumi yang sesuai untuk hidupan kalau bukan diri kita sendiri. Peganglah prinsip ini, bahawa ingatlah setiap apa yang kita amalkan itu tidak harus menjejaskan hubungan kita dengan Tuhan, hubungan kita sesama manusia dan juga hubungan kita dengan alam sekitar. Mulai hari ini, kita harus bangkit dan bertindak!
Mohd Nor Azrai Abd Aziz,
Nilai Impian, Negeri Sembilan.
Posted in Sept 2009.
By Muslim
– September 8, 2009
Dalam menjalani kehidupan seharian, ada tabiat orang Melayu yang sukar dikikis iaitu sifat cemburu dan iri hati. Ada isteri cemburu apabila mendapat tahu suaminya lebih mengutamakan adik beradik kandung, Ada kalanya si abang cemburu melihat adiknya lebih berjaya dalam pelajaran mahupun perniagaan.
Ada jiran cemburu melihat rumah kita diubahsuai menjadi lebih besar dan cantik. Malah jika kita tukar kereta baru dan memilik perabot mewah juga dipandang tidak senang oleh jiran kita. Mereka tidak senang melihat orang lain senang pada hal sebagai umat Islam, kita ada bahagian tertentu dalam menikmati rezeki yang dikurniakan Allah SWT
Di pejabat juga berlaku sifat buruk itu. Ada yang geram dan iri hati melihat kawan sepejabat begitu disenangi bos. Malah lebih menimbulkan perasan iri hati apabila ada pekerja yang lebih baru dan muda dinaikkan pangkat sedangkan pekerja yang sudah lama bekerja masih di takuk dan jawatan lama.
Walau apa pun tanggapan umum terhadap istilah cemburu, tabiat itu seharusnya ditangani dengan bijak agar tidak terlalu mempengaruhi proses kehidupan seharian.
Untuk mengurangkan rasa cemburu, kita perlu sentiasa bersikap rasional kerana cemburu terutama yang melampau seringkali dikaitkan dengan sikap individu itu sendiri yang tidak dapat berfikir secara bijak dan waras. Apa yang penting sekiranya menghadapi masalah cemburu ini, kita mesti berfikir dengan tenang supaya dapat menerima hakikat siapa diri kita yang sebenar. Adakah kia sudah cukup berilmu dan bersedia menghadapi pelbagai cabaran dan dugaan. Jika ini berjaya dilakukan, perasaan cem-buru dapat diredakan.
Sekiranya ibu bapa menyedari anak jirannya mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan, mereka akan mempastikan anaknya juga boleh berjaya malah lebih cemerlang lagi.
Cemburu sebegini boleh membawa unsur-unsur positif dalam hidup seseorang sehingga lebih berjaya jika mampu mengawal perasaan dengan menggunakan akal fikiran dan pertimbangan yang sewajarnya. Cemburu juga boleh mendorong seseorang itu berusaha dengan lebih bersungguh-sungguh bagi memastikan hasrat dan cita-citanya tercapai.
Asmaliza Ar,
Johor Bahru, Johor.
Posted in Sept 2009.
By Muslim
– September 8, 2009
Kerajaan seharusnya memberi keutamaan untuk program yang dianjurkan masjid dan surau berbanding projek kebudayaan, sukan atau lainnya
Peranan Imam bukan sahaja dalam lingkungan masjid tetapi ianya suatu tugas agama dan sosial yang dapat meninggikan taraf masyarakat dari segi pengetahuan, ekonomi, keselamatan, kesihatan dan se-bagainya. Imam dapat memainkan peranan yang sangat penting kerana mereka berada di institusi masjid yang masih mendapat penghormatan dan kepercayaan masyarakat. Kelesuan peranan masjid akan memberi kesan kepada masyarakat.
Selain memimpin kita solat dan mengajarkan ilmu agama, imam juga menyelesaikan permasalahan agama serta hidup bersama kita di kawasan kariah. Mereka banyak berjasa kepada yang masih hidup dan yang meninggal dunia. Secara keseluruhan, imam adalah pemimpin penghubung jemaah dengan al-Khaliq dalam beribadah secara berjemaah bahkan secara individu mengikut perintah syariah.
Menerusi solat berjemaah, setiap umat Islam mengetepikan segala bentuk perbezaan yang ada baik pangkat atau kedudukan dan tunduk kepada seorang pemimpin iaitu imam. Konsep ini jika diguna pakai dalam segenap aspek kehidupan masyarakat sudah tentu dapat mewujudkan masyarakat bersatu padu.
Menerusi solat berjemaah juga mengajar umat Islam mengenai adab terhadap kepemimpinan seperti adab menegur kesilapan, adab menerima teguran dan adab menukar kepemimpinan.
Prof Dr Yusuf Al-Qardhawi menulis dalam bukunya yang bertajuk ‘Di Mana Punca Kelemahan Umat Islam Masa Kini’ berpendapat ada beberapa faktor sampingan lain yang turut menjurus kepada permasalahan ini selain persoalan iman yang semakin terhakis.
Dr Yusuf berpendapat, umat Islam dekad ini terlalu asyik dan lalai dengan habuan dunia. ‘Kita’ digambarkan sebagai umat yang lupa diri dan saling berlumba-lumba untuk menikmati kebahagiaan dunia yang sebentar. Demi mencapai keseronokan sementara ini, secara tidak langsung ‘kita’ turut sama melupakan Allah SWT Sesungguhnya Allah SWT telah berfirman, bermaksud;,
“Janganlah kamu seperti orang-orang yang melupakan Allah SWT, lalu Allah SWT melupakan dia pada diri mereka sendiri.” (al-Hasyr: 19)
Tidaklah diturunkan kitab-kitab, diutus para nabi dan rasul kecuali untuk mengajak manusia kepada tauhid. Tidaklah ada seorang pun nabi dan rasul yang diutus kecuali ia akan mengajak umatnya untuk bertauhid. Bahkan tauhid juga merupakan tujuan dari penciptaan jin dan manusia. Inilah peranan Rasulullah yang utama yang patut menjadi objektif peranan kita se-bagai imam yang membawa susuk tubuh Rasulullah iaitu mengajak manusia untuk bertauhid kepada Allah SWT.
Pada zaman Rasulullah SAW, kemajuan umat dan gerakan Islam, semuanya bermula dari masjid. Masjid telah dijadikan sebagai tempat untuk berkumpul, berbincang dan merancang strategi dan tidak terbatas hanya di bidang dakwah, bahkan perdagangan, perundangan, penyebaran ilmu dan pelbagai lagi.
Setibanya Baginda Rasulullah SAW di Madinah, Baginda telah mengambil beberapa langkah yang berkesan untuk mewujudkan perpaduan di kalangan penduduk Islam Madinah. Masjid dijadikan sebagai pusat ibadat, pusat pemerintahan dan pentadbiran negara, nadi gerakan Islam dan penggerak kegiatan masyarakat, tempat menuntut hak dan keadilan, pusat kebajikan, gedung ilmu serta pusat hubungan dengan Allah SWT dan manusia sesama manusia. Kesempurnaan Islam sebagai ad-Din telah berjaya direalisasi oleh Rasulullah SAW melalui peranan dan fungsi masjid.
Hari ini untuk menjalankan kerja dengan lebih efektif dan cepat kita memerlukan beberapa pasarana bagi menjayakan tujuan. Pejabat atau bilik pengurusan masjid perlu dipertingkatkan dengan kemudahan dan maklumat semasa. Kemudahan dapat mempercepatkan kerja dan maklumat semasa memberi panduan merancang dan membuat kerja.
Antara keperluan dan kerja yang perlu dimiliki atau dilakukan oleh masjid ialah:
Database kahiriah. Imam atau pihak masjid mestilah mempunyai senarai keluarga yang didaftarkan di mukim tersebut dengan dengan mengumpul maklumat-maklumat nama, umur, pekerjaan, tanggungan dan keadaan so-sial mereka supaya senang bertindak apabila keadaan memerlukan.
Tabung khairat. Kekuatan kewangan dengan mampu memberi bantuan kepada masyarakat setempat.Tok Guru pernah mencadangkan supaya masjid mampu menggantikan bank di dalam membantu kewangan masyarakat.
Lawatan dan saling tukar pengalaman. Bila mana imam-imam dari negeri lain ke Kelantan, kita boleh melihat kebaikan dan kelemahan yang boleh menjadi pedoman kita bila pulang ke tempat masing-masing. Kalau boleh ziarah ke Singapura dan Thailand bilamana umat Islam adalah minoriti maka kerja buat masjid akan berlipat kali ganda yang boleh kita pelajari.Peribadi dan sahsiah perlu dipertingkat sejajar dengan pengetahuan semasa. Di setengah negara di Asia Barat dan Eropah, jawatan imam disyaratkan hendaklah berkelulusan Sarjana Muda (B.A) dari mana-mana fakulti Islam seperti kelulusan dari Al-Azhar dan yang menghafal al- Quran.
Hal ini kalau dikaji ada hubungan dengan taraf anak mukim yang terdiri dari mereka yang berpendidikan tinggi terdiri dari doktor, peguam, jurutera dan para profesional lainnya yang memerlukan Imam masjid juga mempunyai kelulusan yang membolehkannya menyelesaikan masalah semasa.
Namun demikian harus pula diingat, peranan yang besar mestilah sesuai dengan pendapatan yang patut diterima. Pihak kerajaan khususnya pihak berkuasa agama mestilah memberikan gaji dan elaun kepada Imam yang sesuai dan setimpal mengikut keadaan ekonomi semasa. Imam pula mestilah diberi pembantu-pembantu terutama kerani, hal ehwal wanita, belia dan seumpamanya. Masjid pula dilengkapi perpustakaan dan buku-buku rujukan.
Persoalan masjid dan imam tidaklah harus menjadi bahan menungan sampingan kalau kita benar-benar serius. Ia mesti turut dilibatkan para pemikir, ulama, perancang. para guru dan mereka yang berada, juga media. Masjid mesti diberi keutamaan jauh lebih besar dari projek kebudayaan, sukan atau lainnya. Ia bukan sekadar tempat sembahyang, tetapi pusat segala.kegiatan berfaedah.
Sebenarnya, kejayaan sesebuah masjid itu sangat bergantung kepada sejauh manakah peranan dan fungsi yang dijalankan oleh imam dan jawatankuasa masjid. lebih-lebih lagi setakat manakah sesebuah masjid itu dapat menarik masyarakat Islam di sekelilingnya untuk beribadat dan menggunakan masjid tersebut untuk kebaikan dan kebajikan masyarakat.
Azhar Mohammad
Kota Bharu, Kelantan
Posted in Sept 2009.
By Muslim
– September 8, 2009

Ulama selalunya disandarkan kepada orang alim atau orang yang pakar dalam bidang agama Islam. Sebenarnya, ulama boleh juga dikaitkan dengan seseorang yang pakar dalam bidang profesional tetapi menjurus kepada konsep atau pun amal Islamik.
Akhir-akhir ini institusi ulama sudah luntur dari segi penghormatan dalam masyarakat. Banyak isu yang diputuskan ulama dicabar atau ditakwil oleh pelbagai pihak. Ini termasuk isu fatwa yang diputuskan oleh ulama termasuk mufti mengenai sesuatu perkara yang membabitkan akidah umat Islam.
Contoh isu fatwa ialah pengharaman rokok di Selangor, fatwa mengharamkan gejala penkid dan meditasi yoga.
Hari ini, sudah ada kumpulan masya-rakat Islam termasuk remaja, golongan profesional, malah orang yang mempunyai kedudukan dalam masyarakat, terbabit dalam demonstrasi dengan membuat bantahan supaya sesuatu fatwa itu ditarik balik.
Begitulah cabaran ulama menghadapi kejahilan masyarakat, lebih teruk lagi apabila golongan VIP yang berpengaruh dengan istana menghasut institusi raja-raja untuk campur tangan di dalam urusan cendekiawan Islam ini.
Kejahilan masyarakat ini sudah parah akibat kuatnya gelombang hedonisme ataupun serangan pemikiran melalui hiburan yang melampau, menjadikan anak-anak muda tidak mempedulikan ajaran agama hanya disebabkan Islam menentang hiburan yang melampau ini.
Peranan ulama sangat penting dalam masyarakat Islam kerana mereka inilah tempat rujukan orang ramai sebagaimana sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud, “Ulama Pewaris Kenabian,” meneruskan dakwah baginda s.a.w. dalam mempertahankan dan juga menyebarkan Islam.
Betapa hormatnya para ulama atau cendekiawan ini, mereka dilarang untuk ikut serta di dalam peperangan kerana takut lupusnya orang-orang yang arif di dalam sesuatu bidang dan peperangan juga wajib untuk orang-orang muda yang masih sihat dan cergas, bukan menggunakan pe-luang muda untuk berhibur.
Begitu juga apabila rasulullah s.a.w. memberitahu mengenai tanda-tanda hari kiamat, antaranya ialah kurangnya ulama. Ini bukan bererti pada masa itu tiada langsung ulama, tetapi Allah s.w.t. mengangkat ilmu-ilmu dan juga martabat seseorang ulama itu hanya tinggal ulama-ulama yang jahil.
Oleh itu, marilah tingkatkan kesedaran menghormati ilmuwan Islam dan sentiasa bekerjasama dengan ulama agar masyarakat Islam akan terus terpelihara daripada segala penyakit hati dan juga gejala sosial.
Mohd Syahiran Muhammad
Pengerusi Perhubungan Kampus
Persatuan Pembimbing Pelajar Islam Kelantan (PPIK)
Mohd Syahiran | Mujahid Siber [syah5487@yahoo.com.my]
Posted in Ogos 2009.
By Muslim
– August 10, 2009
Recent Comments